Wednesday, September 24, 2008

Adat Perkahwinan Orang India

Orang India merupakan etnik ketiga dalam Malaysia. Oleh itu, adat perkahwinan orang india sangat unik dan mempunyai maksud tersirat di sebalik adat perkahwinan mereka. Adat perkahwinan orang india terbahagi kepada beberapa peringkat:

a)Merisik
Aspek seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama perlu diberi perhatian dalam peringkat. Selain itu, faktor seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

b)Kunjungan ke rumah pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

c)Kaji Kecocokan pengantin
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, dan sebagainya.

d)Ikat janji
Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

e)Beri hadiah

f)Sebelum berkahwin
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :
1)Kad Jemputan
2)Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
3)Mukuurtta Kaal

g)Upacara perkahwinan

3 comments:

半港阿嘉 said...

now only i discover that adat perkahwinan orang india is so complicated and special. realli thanx for your sharing of information.

xiAo b@o said...

thanx for the sharing. i reali learn much more.

SHE101_hubungan etnik said...

thanks u guys viewing our blog..
v vl try our best 2 publish more n more post related 2 wedding culture in Msia 2 u guys..
check it out!!