Wednesday, September 24, 2008

Jokes For Wedding(Relax!!)

  • I like the story of the woman who had an artist paint a portrait of her covered with jewels. Her explanation: "If I die and my husband remarries, I want his next wife to go crazy looking for the jewels."
  • She left him on the sofa when the phone rang, and was back in a few seconds. "Who was it?" he asked. "My husband," she replied. "I better get going," he said. "Where was he?" "Relax. He'll be late, he's playing poker with you."
  • Married life is full of excitement and frustration :- In the first year of marriage, the man speaks and the woman listens.- In the second year, the woman speaks and the man listens.- In the third year, they BOTH speak and the NEIGHBOURS listen.
  • At the cocktail party, one woman said to another, "Aren't you wearing your wedding ring on the wrong finger?" The other replied, "Yes I am, I married the wrong man."Man is incomplete until he is married. Then he is really finished.A little boy asked his father, "Daddy, how much does it cost to get married?" And the father replied, "I don't know, son, I'm still paying for it."A happy marriage is a matter of give and take; the husband gives and the wife takes.After a quarrel, a wife said to her husband, "You know, I was a fool when I married you." And the husband replied, "Yes, dear, but I was in love and didn't notice it."It doesn't matter how often a married man changes his job, he still ends up with the same boss.A man inserted an 'ad' in the classifieds: "Wife wanted". Next day he received a hundred letters. They all said the same thing: "You can have mine."When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing: either the car is new or the wife.A perfect wife is one who helps the husband with the dishes.A woman was telling her friend , "It is I who made my husband a millionaire." "And what was he before you married him." Asked the friend. The woman replied, " A multi-millionaire".

Adat Perkahwinan Orang India

Orang India merupakan etnik ketiga dalam Malaysia. Oleh itu, adat perkahwinan orang india sangat unik dan mempunyai maksud tersirat di sebalik adat perkahwinan mereka. Adat perkahwinan orang india terbahagi kepada beberapa peringkat:

a)Merisik
Aspek seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama perlu diberi perhatian dalam peringkat. Selain itu, faktor seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

b)Kunjungan ke rumah pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

c)Kaji Kecocokan pengantin
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, dan sebagainya.

d)Ikat janji
Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

e)Beri hadiah

f)Sebelum berkahwin
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :
1)Kad Jemputan
2)Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
3)Mukuurtta Kaal

g)Upacara perkahwinan

Saturday, September 20, 2008

perkahwinan Melayu



Perkahwinan Tradisional Melayu

Adat resam perkahwinan amat dititikberatkan bagi masyarakat Melayu kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Antara adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau, upacara peminangan, upacara menghantar tanda, hantaran belanja, menjemput, upacara nikah, adat berinai, hari persandingan dan jemput menantu.

Upacara Awal Perkahwinan

Merisik(Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok)

Adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Adat ini bertujuan menyelidik latar belakang gadis tersebut tentang kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

Upacara Meminang atau Bertunang

Peminangan hanya dijalankan apabila dipersetujui oleh pihak perempuan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Perbincangan juga diadakan tentang hantaran belanja, tempoh bertunang dan jumlah rombongan yang akan hadir untuk upacara bertunang bagi memudahkan pihak perempuan untuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan kelak.

Upacara Menhantar Tanda

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan di rumah pihak perempuan. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

Hantaran Belanja
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampung atau Ketua Syarak. Hantaran digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan sebagainya yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Menjemput
Waris bakal pengantin (ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampung itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

Upacara Semasa Perkahwinan

Upacara Nikah

Sebelum upacara berinai besar dan bersanding dijalankan, upacara akad nikah akan dijalankan terlebih dahulu. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh Tok kadi/imam. Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya dalam upacara ini. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan hantaran-hantaran lain akan diperiksa oleh tuan kadi dan 2 orang saksi bagi pihak perempuan. Kemudian diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini, mereka menjadi suami isteri ayng sah.

Adat Berinai

Berinai curi – diadakan 3 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat

sahaja.

Berinai kecil – diadakan 2 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara, jiran

tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar – diadakan malam sebelum hari langsung (atau selepas akad nikah) untuk

para jemputan khas daripada kedua-dua pihak lelaki dan pihak

perempuan.

Setelah adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan. Dia akan terus pulang ke rumah. Jika rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak (rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan).

Hari Persandingan(Dikenali sebagai hari langsung)

Pada hari persandingan, jamuan akan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

Upacara Selepas Perkahwinan

Jemput Menantu

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.


Sunday, September 7, 2008

Perkahwinan ORANG ASLI




Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan perkahwinan masyarakat Melayu seperti
* adat merisik

* menghantar tanda dan meminang.

Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti

  • menepung tawar/menghalau hantu syaitan

  • mengasah gigi/ mengandam

  • membuang sial

  • menggantung kelambu dan berinai

Semasa majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut iaitu

-menjulang pengantin

-pertarungan pencak silat

-mengelilingi busut

-membasuh kaki

-nasi dalam/ sirih perancang

-mandi bunga gomba.



Monday, September 1, 2008

soal selidik kumpulan Fantasy Five

Soal Selidik Bagi Kumpulan FANTASY FIVE Tentang Pemahaman Masyarakat Malaysia Terhadap Upacara Perkahwinan Pelbagai Kaum
Sasaran: Pelajar USM


1. Jantina: a) perempuan b) lelaki

2. Umur: _________ tahun

3. Kaum: a) Melayu b) Cina c) India d) lain-lain

4. Adakah anda pernah menghadiri upacara perkahwinan kaum anda sendiri?
a) Ya b) Tidak

5. Adakah anda pernah menghadiri upacara perkahwinan kaum lain?
a) Ya b) Tidak

6. Adakah anda memahami secara mendalam tentang adat dan tradisi perkahwinan tradisional bagi kaum anda sendiri?
a) Ya b) Tidak

7. Sekiranya anda memilih ‘YA’ bagi soalan 6, sila pilih dari mana anda mendapat pengetahuan tersebut?
a) Keluarga
b) Rakan
c) Internet
d) Bahan bacaan

8. Sekiranya anda memilih ‘ TIDAK’ bagi soalan 6, sila pilih faktor penyumbang.
a) Faktor persekitaran
b) Kurang berminat untuk memahami
c) Kekurangan peluang untuk memahami secara mendalam
d) Lain-lain
Sila nyatakan:_________________________________________________________


9. Apakah jenis perkahwinan yang akan anda pilih?
a) Perkahwinan tradisional
b) Perkahwinan ala Barat
c) Penggabungan kedua-dua di atas
Sebab:_ ______________________________________________________________


10. Pada pendapat anda, mengapakah kebanyakan pengantin sekarang lebih suka memakai pakaian pengantin ala Barat daripada pakaian pengantin tradisional?
a) Harga pakaian tradisional agak mahal
b) Berpendapat bahawa pakaian ala barat lebih moden
c) Kekurangan kemahiran menjahit pakaian tradisional


11. Menurut pengalaman anda, makanan keperluan adat perkahwinan kini kebanyakannya dibeli atau diperbuat oleh ahli keluarga pihak pengantin?
a) Dibeli b) Diperbuat sendiri


12. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda kini jarang mengikut adat perkahwinan tradisional?
a) Ingin menjimatkan masa
b) Pengaruh budaya Barat
c) Kekurangan pengetahuan tentang adat perkahwinan tradisional serta maknanya


13. Pada pendapat anda, adakah perpaduan antara kaum boleh dicapai dengan menghadiri majlis perkahwinan kaum lain?
a) Ya b) Tidak


14. Pada pendapat anda, bagaimanakah adat perkahwinan akan berubah pada tahun 2020?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________





Sekian Terima Kasih. Segala kerjasama anda amat kami hargai