Saturday, September 20, 2008

perkahwinan Melayu



Perkahwinan Tradisional Melayu

Adat resam perkahwinan amat dititikberatkan bagi masyarakat Melayu kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Antara adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau, upacara peminangan, upacara menghantar tanda, hantaran belanja, menjemput, upacara nikah, adat berinai, hari persandingan dan jemput menantu.

Upacara Awal Perkahwinan

Merisik(Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok)

Adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Adat ini bertujuan menyelidik latar belakang gadis tersebut tentang kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

Upacara Meminang atau Bertunang

Peminangan hanya dijalankan apabila dipersetujui oleh pihak perempuan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Perbincangan juga diadakan tentang hantaran belanja, tempoh bertunang dan jumlah rombongan yang akan hadir untuk upacara bertunang bagi memudahkan pihak perempuan untuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan kelak.

Upacara Menhantar Tanda

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan di rumah pihak perempuan. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

Hantaran Belanja
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampung atau Ketua Syarak. Hantaran digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan sebagainya yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Menjemput
Waris bakal pengantin (ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampung itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

Upacara Semasa Perkahwinan

Upacara Nikah

Sebelum upacara berinai besar dan bersanding dijalankan, upacara akad nikah akan dijalankan terlebih dahulu. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh Tok kadi/imam. Bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya dalam upacara ini. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan hantaran-hantaran lain akan diperiksa oleh tuan kadi dan 2 orang saksi bagi pihak perempuan. Kemudian diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini, mereka menjadi suami isteri ayng sah.

Adat Berinai

Berinai curi – diadakan 3 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat

sahaja.

Berinai kecil – diadakan 2 malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara, jiran

tetangga dan sahabat handai.

Berinai besar – diadakan malam sebelum hari langsung (atau selepas akad nikah) untuk

para jemputan khas daripada kedua-dua pihak lelaki dan pihak

perempuan.

Setelah adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan. Dia akan terus pulang ke rumah. Jika rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak (rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan).

Hari Persandingan(Dikenali sebagai hari langsung)

Pada hari persandingan, jamuan akan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

Upacara Selepas Perkahwinan

Jemput Menantu

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.


3 comments:

nicholas said...

Your post has certainly helped me understand more on the Malay's wedding culture !

半港阿嘉 said...

Oh..so great. This blog is reali informative^^

SHE101_hubungan etnik said...

Yaya..v had try our best 2 mek dis blog informative..
Pls do nt hesitate 2 visit our blog nex time^^